PROGRAM 3K


Takrifan

Kebersihan

Personaliti warga sekolah yang cemerlang dan persekitaran sekolah yang bersih, indah dan kondusif dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dan berkesan.

Kesihatan

Sihat cergas dan cerdas dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek supaya murid dapat mengawal dan mengurus diri dalam membantu meningkatkan pencapaian akademik dan pembangunan sahsiah

Keselamatan

Suasana yang selamat sama ada didalam atau di luar sekolah boleh meningkatkan keyakinan dan kekuatan dalaman diri (jati diri murid) daripada sebarang pengaruh dan ancaman luar.


Objektif Program 3K :


  • Melahirkan modal insan yang berkeperibadian unggul menerusi pemupukan pengetahuan ,sikap dan amalan yang berkekalan dalam aspek kebersihan, kesihatan dan keselamatan.
  • membina dan memelihara diri, persekitaran sekolah yang bersih, sihat dan selamat..
  • meningkatkan jalinan pemufakatan strategik antara Kementeraian Pendidikan Malaysia dengan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan bagi membentuk jalinan kerjasama dalam usaha merealisasikan  pelaksanaan Program 3K.

No comments:

Post a Comment