SEKOLAH SELAMAT


                                                           SMK DABB SEKOLAH SELAMAT.
1
PELAKSANAAN POLISI SEKOLAH SELAMAT1. PENDAHULUAN
Mutakhir ini media massa kita sering membuat Iiputan tentang keselamatan sekolah yang agaklonggar. Aspek fizikal, sosial, emosi dan teknikal digambarkan seolah-olah kurang selamat dankurang meyakinkan orang ramai. Namun realitinya bukanlah semua sekolah berkeadaan begitukerana masih banyak lagi sekolah di negara ini berkeadaan selamat dan berfungsi secara efektif.Walau bagaimanapun kita memangnya sedar tentang wujudnya sebilangan murid sekolah yangberlatarbelakangkan keluarga bermasalah. Kita juga menyedari faktor-faktor yang negatif yangterdapat di luar persekitaran sekolah yang mampu mempengaruhi watak dan peri laku yang kurangsihat seseorang murid sehingga mencorakkan suasana sekolah yang tidak selamat.Perubahan dalam iklim pendidikan dewasa ini telah mewujudkan keperluan mengenal pastikaedah, strategi dan model program yang mampu mempertingkatkan keselamatan dan kejayaanmurid serta guru. Pihak keluarga, sekolah dan komuniti harus bertanggungjawab untukmewujudkan Polisi Sekolah Selamat.Bagi merealisasikan hasrat agar polisi sekolah selamat berjalan dengan baik dan terancang, makasegala usaha ke arah meningkatkan keselamatan sekolah dan penghuninya harus dipikulbersama- sama oleh semua pihak. Usaha untuk mengawal keselamatan di sekolah adalah terletakkepada pihak pengurusan sekolah yang bertanggungjawab mewujudkan peraturan-peraturan,latihan-latihan yang berteraskan pendidikan demi mengelak, mengawal dan mengurangkankemungkinan berlakunya insiden-insiden negatif dalam kalangan murid. Manakala di rumah,amalan keselamatan adalah merupakan pengukuhan kepada segala nilai yang diterapkan melaluipengajaran, asuhan dan amalan. Dalam konteks masyarakat yang lebih luas pula, keselamatanadalah merupakan suatu manifestasi bangsa yang berdisiplin, bertanggungjawab,berpengetahuan dan memiliki jati din yang cemerlang.
2. MATLAMAT
Mewujudkan budaya selamat di sekolah dan persekitaran secara berterusan dengan sokongankeluarga dan komuniti setempat.
3. OBJEKTIF
i. Meningkatkan kefahaman mengenai tatacara dalam menghadapi sebarang isu keselamatan,kecemasan, kemalangan dan malapetaka.ii. Meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadap keselamatan dalam perancangan danpelaksanaan aktiviti-aktiviti sekolah.iii. Mewujudkan persekitaran sekolah yang sihat, selamat dan menyeronokkan.iv. Memastikan hak setiap individu warga sekolah dipertahan dan dijaga.v. Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.vi. Menyediakan panduan bagi setiap tindakan yang perlu diambil.vii. Mewujudkan persekitaran untuk mental dan emosi yang sihat.viii.Meningkatkan tahap penumpuan kepada pelajaran dan kerja dalam kalangan warga sekolah.ix. Menimbulkan rasa lebih mudah dan rela untuk menyumbang secara positif kepada sekolah.4.
RASIONAL
i. Dalam banyak keadaan keselamatan kerap diabaikan dan tidak dijadikan asas utama dalammembuat pertimbangan.ii. Warga sekolah dewasa ini terdedah dengan isu-isu keselamatan fizikal, sosial, emosi danteknikal. Oleh itu, polisi yang berterusan perlu diwujudkan.iii. Kurang kerjasama antara keluarga dan masyarakat dengan institusi pendidikan dari segikeselamatan.iv. Keupayaan sekolah dalam menangani isu-isu keselamatan amat terbatas, tanpa sokongankeluarga dan komuniti.
.
2
SEKOLAH SELAMATKOMUNITI SELAMATKELUARGA SELAMAT
5. DEFINISI
Sekolah Selamat didefinisikan sebagai persekitaran sekolah yang selamat di mana warga sekolahmerasa selamat tanpa gangguan daripada mana-mana pihak sama ada dari dalam mahupun dariluar.
MODEL UNTUK MENJADIKAN MURID SELAMAT6. ELEMEN PERANCANGAN SEKOLAH SELAMAT
Apabila sesuatu perancangan hendak dibuat mengenai pelaksanaan Sekolah Selamat elemen-elemen seperti di bawah harus diambil kira dan diteliti terlebih dahulu. Pengubahsuaian elemen-elemen yang dicadangkan mengikut keadaan setempat akan menjamin pelaksanaan konsepSekolah Selamat ini dengan lebih berkesan.i. Kesedaran awam atau komuniti.ii. Penekanan kepada penghayatan nilai-nilai murni merentasi kurikulum dan kokurikulum.iii. Peraturan sekolah.iv. Pengurusan bencana alam dan kecemasan.v. Kehadiran warga sekolah.vi. Membasmi ponteng.vii. Pencegahan dadah, rokok dan arak.viii. Perkongsian bijak dengan agensi luar.ix. Kesedaran sosial dan budaya.x. Kepimpinan murid.xi. Penglibatan keluarga dan komuniti.xii. Program khas bersama komuniti.xiii. Pencegahan jenayah melalui pelan reka bentuk bangunan sekolah yang selamat.xiv. Aktiviti kokurikulum dan rekreasi.xv. Perkongsian bijak dengan pihak berkuasa tempatan.xvi. Mengenal pasti latar belakang warga sekolah.xvii. Pembangunan staf.xviii. Kawalan keselamatan sekolah.xix. Khidmat kemasyarakatan.xx. Perkongsian bijak bersama korporat.xxi. Perkongsian bijak dengan media.xxii. Perkhidmatan kesihatan sekolah.xxiii. Pengangkutan.xxiv. Perundangan.xxv. Penilaian dan pemantauan.MURIDSELAMAT

 .
3
7. PERANCANGAN
Perancangan bagi mewujudkan Sekolah Selamat akan memberi peluang dan ruang kepadasekolah dan masyarakat sekitar membentuk dan membaca strategi untuk mengatasi isukeselamatan setempat. Bagi melicinkan pelaksanaan Sekolah Selamat, sekolah hendaklahmenubuhkan Jawatankuasa Sekolah Selamat (JKSS) yang keahliannya terdiri daripada wakilsekolah, ibu bapa, agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan.
7.1
Keahlian Jawatankuasa
Pengerusi PengetuaNaib Pengerusi : Penolong Kanan Hal Ehwal MuridSetiausaha Guru Kaunseling SekolahAhli-ahli Wakil ibu bapaWakil guruWakil muridPolisJKKK / Rukun TetanggaJabatan Kebajikan MasyarakatMajlis JuvanaWakil Persatuan BeliaWakil Pejabat Kesihatan Daerah/Klinik KesihatanBombaPenghulu / Ketua KampungMajlis Perbandaran / DaerahNGO (yang relevan)Individu yang boleh menyumbang
7.2 Fungsi Jawatankuasa Sekolah Selamat
-menyediakan kod etika dan tanggungjawab semua warga sekolah-menyediakan kod etika dan tanggungjawab pihak lain (komuniti, keluarga)-mempromosi secara aktif kod etika tanggungjawab kepada semua warga sekolah dan komunitisetempat-mendidik dan melatih guru, kakitangan sekolah dan ahli komuniti akan prosedur keselamatanyang ada-memastikan wujud kesedaran dalam kalangan semua pihak akan isu Sekolah Selamat-melaksana, menilai dan mengkaji semula semua dasar dan prosedur Sekolah Selamat darisemasa ke semasa
7.3 Peranan
Warga sekolah, keluarga dan komuniti perlu memainkan peranan masing-masing bagimerealisasikan Polisi Sekolah Selamat. Contoh peranan yang boleh dilakukan adalah sepertiberikut :-
7.3.1
Peranan Sekolah
i. Mewujudkan Jawatankuasa Sekolah Selamat.ii. Menyediakan Buku Panduan Polisi Sekolah Selamat untuk diedarkan kepada semuawarga sekolah dan ibu bapa/penjaga.iii. Menguatkuasakan semua peraturan sekolah dengan bersungguh-sungguh dan tegas.iv. Memberi penerangan dan salinan peraturan sekolah kepada semua pihak yangmemerlukan.v. Membantu mewujudkan jawatankuasa disiplin di kawasan setempat.vi. Membantu menyediakan pelan tindakan bagi mengatasi masalah keselamatan.vii. Mewujudkan pelan pengurusan krisis.viii.Mengenal amaran awal kes-kes keselamatan dan bagaimana menanganinya.ix. Mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran.x. Memasukkan unsur-unsur keselamatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.xi. Menggalakkan murid melaporkan sebarang kes yang berkaitan dengan keselamatan.xii. Merekodkan semua peristiwa mengenai keselamatan.

4
7.3.2
Peranan Komuniti
i. Melibatkan semua ketua masyarakat dalam proses menjadikan sekolah tempat yangselamat.ii. Menyokong semua polisi dan peraturan sekolah.iii. Memberi sumbangan material, idea dan kepakaran dalam perkhidmatan mengawalkeselamatan sekolah.iv. Menerapkan nilai-niIai kerohanian oleh pemimpin agama.v. Menyokong dan menjadi ahli dalam pertubuhan yang membantu meningkatkankeselamatan.vi. Membantu bagaimana mengenal dan menyelesaikan masalah.vii. Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sekolah.viii.Menyatakan had-had tingkah laku yang dikehendaki oleh komuniti.ix. Mewujudkan sistem pemantauan kawasan sekitar sekolah bagi mencegah jenayah.x. Merapatkan jurang golongan muda dengan warga tua.
7.3.3 Peranan Keluarga
i. Menyokong semua polisi dan peraturan sekolah.ii. Melibatkan diri secara aktif dalam semua aktiviti sekolah dan komuniti.iii. Memperkukuh nilai-nilai agama/moral kepada anak-anak.iv. Kerap berkomunikasi dengan anak-anak.v. Mengenali rakan anak-anak.vi. Bekerjasama dengan ibu bapa lain.vii. Menjadi ahli dalam pertubuhan yang boleh membantu membanteras isu-isukeselamatan.viii.Mendidik anak-anak cara-cara menjaga keselamatan diri.
8.
BIDANG YANG DICAKUPI DALAM PELAKSANAAN POLISI SEKOLAH SELAMAT
8.1 BIDANG AKTIVITI MURID
Sekolah merupakan institusi yang bertanggungjawab untuk memperkembang potensi individu.Sehubungan dengan itu, pelbagai aktiviti dijalankan oleh pihak sekolah sama ada di dalam ataupun di luar kawasan sekolah yang bertujuan untuk memberikan sebanyak mungkin pendedahandan pengalaman kepada murid.Walaupun begitu aktiviti yang dijalankan perlu mengambil kira aspek keselamatan supaya dapatberjalan dengan sempurna dan mencapai matlamatnya. Oleh itu, pihak sekolah bertanggungjawabuntuk mendidik murid-murid mengutamakan aspek keselamatan dalam apa-apa jua aktiviti yangdijalankan.Apabila aspek keselamatan tidak diberi keutamaan banyak kemalangan boleh berlaku. Oleh itu,satu tatacara tindakan murid dan juga pihak guru perlu disediakan supaya semua pihak fahamakan tindakan yang perlu dilakukan supaya kemalangan dapat dielakkan.Bagi menjaga keselamatan diri murid-murid semasa menjalankan aktiviti, tiga perkara utamadibincangkan dalam bidang aktiviti murid iaitu:-keselamatan semasa pergi dan balik sekolah-keselamatan semasa menjalankan aktiviti kokurikulum-keselamatan semasa menjalankan aktiviti luar 

 .
5
8.2 BIDANG BENCANA ALAM
Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai bentuk muka bumi yang pelbagai danmengalami iklim monsun tropika. Perubahan-perubahan iklim akan menyebabkan berlakunyabencana alam seperti banjir, kebakaran, jerebu, ribut taufan dan sebagainya. Kesan daripadaperubahan cuaca tersebut akan menyebabkan berlakunya wabak penyakit. Langkah-Iangkahkeselamatan perlu diambil bagi menghadapi apa-apa juga keadaan ketika berlaku bencanatersebut, antaranya:-banjir -kebakaran-perubahan cuaca-wabak penyakit
8.3 BIDANG KESELAMATAN FIZIKAL DAN BANGUNAN SEKOLAH
Menjadikan sekolah tempat yang selamat. Mewujudkan suasana pensekitaran yang kondusif yangmempunyai peraturan yang dapat membantu keselamatan semua. Hal ini termasuklahpendawaian dan peralatan elektrik di sekolah, kelas, bilik-bilik khas di sekolah, tandas, asrama,gelanggang permainan dan persekitaran dalam kawasan sekolah berada dalam keadaan baik danselamat.
8.4 BIDANG SOSIAL
Dewasa ini isu sosial di sekolah sering menjadi tajuk utama yang kerap kali terpapar di dada-dadaakhbar. Sayugia itu, Kementerian Pelajaran amat prihatin dengan gejala ini. Atas dasar inilah,maka Antara isu sosial yang diberikan perhatian ialah:-gangguan seksual-gangguan emosi-keharmonian kaum di sekolah-membuli / pelacoan-peras ugut-sumbang mahram
(incest)
8.5 BIDANG PERSEKITARAN DAN LOKASI SEKOLAH
Sekolah-sekolah di Malaysia terletak dalam lokasi yang berbeza-beza. Lokasi-lokasi yang berbezaini mungkin akan menimbuikan masalah yang pelbagai. Atas dasar itu, perlunya ada satu polisitentang tatacara yang perlu dilakukan dalam menangani masalah-masalah yang berkemungkinantimbul. Tatacara yang diberikan perhatian melibatkan persekitaran dan lokasi yang berikut:-air bergerak seperti sungai, laut, air terjun, dan jeram.-air statik seperti kolam, tasik, dan lombong.-jalan raya, lebuh raya, rel kereta api elektrik-bukit dan tanah tinggi-perumahan dan bandar besar -pedalaman-kawasan rancangan
9. HARAPAN DAN TANGGUNGJAWAB SEKOLAH SELAMAT9
.1
Harapan
Di Sekolah Selamat seseorang itu diharapi. Bebas daripada sebarang gangguan sama ada dalam bentuk tutur kata atau fizikal.ii. Keselamatan harta benda terjamin.iii. Orang lain bersikap positif terhadap kebolehannya.iv. Mendapat kerjasama orang lain dalam menjalankan tugas.v. Tidak dipandang rendah disebabkan oleh keturunan, agama, latar belakang sosioekonomi dan jantina.vi. Dilayan secara adil dan saksama.vii. Dihormati dan dihargai.viii.Bebas daripada sebarang kemalangan, kecederaan dan penyakit.
6
9.2 Tanggungjawab
Di Sekolah Selamat seseorang itu seharusnyai. Bebas daripada sentimen perkauman dan diskriminasi jantina.ii. Bersikap positif terhadap orang lain.iii. Menghargai perbezaan yang wujud.iv. Bersikap dan bertindak adil.v. Membeni kerjasama dan bantu membantu.vi. Mengamalkan kesopanan dan kesusilaan.vii. Elakkan sebarang kejadian kekerasan, sentimen perkauman dan perbuatan sumbang tanpadihalang.viii.Datang ke sekolah dengan niat yang betul dan ikhlas.ix. Jangan mendera fizikal, mental dan emosi.x. Melaporkan setiap kes.
10. TATACARA PENGURUSAN POLISI SEKOLAH SELAMAT
Berikut adalah prinsip-prinsip dan tatacara untuk menangani sebarang isu keselamatan
10.1 Prinsip
i. Setiap aduan hendaklah diambil perhatian serius.ii. Setiap aduan hendaklah diambil tindakan serta-merta.iii. Perasaan setiap orang yang tertibat harus diambil kira.iv. Semua pihak yang terlibat dengan aduan hendaklah dilayan secara adil/saksama dan tidak adapihak yang teraniaya.v. Sesuatu kes tidak dianggap selesai selagi kedua-dua pihak belum berdamai dan diterimasemula oleh warga sekolah.vi. Maklumat tentang dasar dan tatacara seharusnya mudah dirujuk.vii. Tatacara seharusnya boieh difahami oleh semua pihak yang terlibat.
10.2 Tatacara Membuat Aduan
Sesiapa yang ingin membuat aduan, dia atau ibu bapa / penjaga atau wakil boleh memilih satuatau beberapa tatacara berikut :-i. Berbincang terus dengan pihak yang terlibat.ii. Dapatkan khidmat orang tengah yang sesuai, contohnya kaunselor.iii. Berjumpa dengan Pengetua atau wakilnya untuk memastikan aduan itu disiasat. Jika aduan ituterbukti, hukuman yang setimpal dikenakan dan dimaklumkan kepada pengadu.
11. PENUTUP
Apabila jenayah, dadah dan keganasan di luar sekolah mula menular dalam sekolah maka tugasmenyediakan persekitaran yang selamat untuk pembelajaran menjadi bertambah sukar.Sesungguhnya menjadi harapan Kementerian Pelajaran Malaysia agar semua pihak menyambutbaik konsep Sekolah Selamat untuk dilaksanakan di semua sekolah di seluruh negara agar institusi pendidikan di Malaysia dapat berfungsi sebagai tempat mendidik serta menimba ilmutanpa gangguan fizikal, mental dan emosi.Seterusnya masalah-masalah seperti merasa tidak selamat, takut, bimbang, risau, takut membuataduan, terancam, dibuli, tertekan, tidak menyeronokkan, tidak selesa, benci, melarikan dindaripada alam persekolahan dan sebagainya yang selama ini menghantui perasaan dan pemikiransebilangan warga sekolah, ibu bapa senta penjaga dan masyarakat seharusnya dapat dicegahdan ditangani. Sekiranya kita tidak merancang dan berusaha untuk membangunkan kesedaranterhadap aspek keselamatan, bermakna kita telah mengabaikan tanggungjawab untuk melahirkaniklim sekolah yang kondusif.

No comments:

Post a Comment